Ibadah dan pengetahuan sambil makan haram adalah seperti konstruksi pada kotoran.
Belum
pernah saya berurusan dengan sesuatu yang lebih sulit daripada jiwa
saya sendiri, yang kadang-kadang membantu saya dan kadang-kadang
menentang saya.
Barangsiapa
yang memilih harta dan anak – anaknya daripada apa yang ada di sisi
Allah, niscaya ia rugi dan tertipu dengan kerugian yang amat besar.
Berani adalah sifat mulia kerana berada di antara pengecut dan membuta tuli.
Pemurah itu juga suatu kemuliaan kerana berada di antara bakhil dan boros.
Bersungguh
– sungguhlah engkau dalam menuntut ilmu, jauhilah kemalasan dan
kebosanan kerana jika tidak demikian engkau akan berada dalam bahaya
kesesatan.
Cinta
merupakan sumber kebahagiaan dan cinta terhadap Allah harus dipelihara
dan dipupuk, suburkan dengan shalat serta ibadah yang lainnya.
Ciri
yang membedakan manusia dan hewan adalah ilmu. Manusia adalah manusia
mulia yang mana ia menjadi mulia kerana ilmu, tanpa ilmu mustahil ada
kekuatan.
Hadapi
kawan atau musuhmu itu dengan wajah yang menunjukkan kegembiraan,
kerelaan penuh kesopanan dan ketenangan. Jangan menampakkan sikap angkuh
dan sombong.
Ilmu itu kehidupan hati daripada kebutaan, sinar penglihatan daripada kezaliman dan tenaga badan daripada kelemahan.
Yang
paling besar di bumi ini bukan gunung dan lautan, melainkan hawa nafsu
yang jika gagal dikendalikan maka kita akan menjadi penghuni neraka.
Kita
tidak akan sanggup mengekang amarah dan hawa nafsu secara keseluruhan
hingga tidak meninggalkan bekas apapun dalam diri kita. Namun jika
mencoba untuk mengendalikan keduanya dengan cara latihan dan kesungguhan
yang kuat, tentu kita akan bisa.
Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati.
Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan.
Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari,maka payah melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya.
Jadikan
kematian itu hanya pada badan kerana tempat tinggalmu ialah liang kubur
dan penghuni kubur sentiasa menanti kedatanganmu setiap masa.
Pelajari
ilmu syariat untuk menunaikan segala perintah Allah SWT dan juga ilmu
akhirat yang dapat menjamin keselamatanmu di akhirat nanti.
Menuntut ilmu adalah taqwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jihad.
Barangsiapa
yang menghabiskan waktu berjam – jam lamanya untuk mengumpulkan harta
kerana ditakutkan miskin, maka dialah sebenarnya orang yang miskin.
Barangsiapa
yang meyombongkan diri kepada salah seorang daripada hamba – hamba
Allah, sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada haknya.